Laporan Tersuai
Laporan tersuai membolehkan pentadbir Syarikat dan pentadbir TMC menyediakan laporan mengikut keperluan sendiri, serta memilih metrik (atribut), penapis, dan tarikh yang ingin dimasukkan dalam laporan tersebut. Setelah laporan disediakan, anda boleh menyimpannya dan membuat suntingan pada bila-bila masa.
KANDUNGAN
Penjelasan istilah:
Data yang boleh anda masukkan dalam laporan tersuai dibahagikan kepada kategori berikut:
- Ukuran (contohnya, Perbelanjaan Kasar)
- Atribut (contohnya, Jenis Tempahan, ID Perjalanan)
- Tarikh (contohnya, Tarikh Transaksi)
- Parameter (Mata Wang Sasaran)
Terdapat juga beberapa istilah tambahan yang mungkin berguna semasa anda bekerja dengan data dalam laporan tersuai:
- Widget – satu carta atau jadual yang dihasilkan daripada data yang anda pilih. Kadangkala widget juga dipanggil “visualisasi”.
- Laporan – gabungan satu atau lebih widget yang disusun berdasarkan set data tertentu dan dikawal oleh beberapa tetapan. Ada juga pengguna yang merujuknya sebagai “papan pemuka”.
Cara menyediakan laporan
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Klik butang Cipta laporan (bahagian kiri atas). Dialog Cipta laporan akan dipaparkan.
Masukkan nama untuk laporan anda di ruangan Nama laporan .
Masukkan penerangan untuk laporan tersebut (pilihan).
Klik Sahkan. Halaman laporan tersuai anda akan dipaparkan (dengan nama laporan yang anda masukkan).
Klik butang Tambah widget (bahagian kanan atas).
Pilih data yang ingin anda masukkan dalam laporan tersuai anda. Data disusun mengikut Ukuran, Atribut, Tarikh, dan Parameter. Untuk memilih data tertentu, tandakan kotak semak yang disediakan. Setiap data yang anda pilih akan dimasukkan sebagai lajur dalam laporan tersuai anda.
Anda juga boleh mencari data menggunakan fungsi carian.
Tab Popular akan memaparkan data yang pernah anda pilih sebelum ini.
Klik butang Teruskan (bahagian kanan atas). Data yang anda pilih akan dipaparkan (setiap data sebagai lajur). Untuk bertukar antara paparan jadual atau carta, klik Lihat jadual atau Lihat carta. Anda juga boleh menukar visualisasi data menggunakan butang di sebelah kanan (ikon graf bar).
Selesai memilih, klik Simpan widget. Kotak dialog Pin ke Laporan akan dipaparkan.
Pilih laporan yang anda ingin simpan data ini (contohnya, laporan yang baru anda cipta) dan klik Pin.
Satu mesej pengesahan akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa hasil telah disimpan ke laporan tersuai yang anda pilih. Anda boleh memilih untuk Lihat laporan atau Teruskan mencari. Klik Lihat laporan (anda sentiasa boleh menambah data lagi). Laporan tersuai anda akan disenaraikan di bawah Self-Serve (menu sebelah kiri).
Cara menjana laporan tersuai sedia ada
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Laporan tersuai yang anda pilih akan dijalankan.
Cara mengedit laporan tersuai sedia ada
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Halaman laporan tersuai akan dipaparkan.
Klik Edit. Butang Tambah nota, Tambah penapisd an Tambah parameter akan dipaparkan.
Untuk menambah nota, klik Tambah nota dan masukkan nota yang diingini (anda boleh formatkan teks mengikut kesesuaian).
Untuk menambah penapis, klik Tambah penapis. Sila ambil perhatian, butang Tambah Penapis hanya akan diaktifkan apabila laporan anda mempunyai data. Senarai Tambah Penapis akan dipaparkan. Pilih penapis yang berkaitan, tetapkan mengikut keperluan (contohnya, pilih nilai yang diingini), dan klik Terapkan.
Untuk menambah parameter, klik Tambah parameter. Sila ambil perhatian, butang Tambah parameter hanya akan diaktifkan jika laporan anda mempunyai data yang memerlukan parameter (contohnya, Mata Wang Sasaran atau Perbelanjaan Kasar). Senarai Parameter akan dipaparkan. Pilih parameter yang diingini, tetapkan mengikut keperluan (contohnya, pilih mata wang tertentu), dan klik Terapkan.
Selesai, klik Simpan.
Cara membuat salinan laporan tersuai
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Halaman laporan tersuai akan dipaparkan.
Pilih Buat salinan dari … menu di sebelah kanan. Kotak dialog Terangkan laporan anda akan dipaparkan.
Masukkan nama dan penerangan untuk salinan laporan anda.
Klik Simpan. Satu laporan baharu akan diwujudkan dan akan mewarisi semua widget daripada laporan asal. Anda boleh mengubah suai salinan laporan ini mengikut keperluan.
Cara menambah atau membuang laporan tersuai ke/dari senarai kegemaran anda
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Halaman laporan tersuai akan dipaparkan.
Pilih ikon kegemaran (bintang) untuk menambah laporan ke senarai kegemaran anda. Nyahpilih ikon bintang untuk membuang laporan daripada senarai kegemaran anda.
Cara memadam laporan tersuai
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Halaman laporan tersuai akan dipaparkan.
Klik Padam laporan (bahagian kanan atas).
Satu mesej akan dipaparkan untuk mengesahkan tindakan anda. Klik Padam.
Cara memuat turun laporan tersuai
Pilih Laporan syarikat dari menu Analytics . Halaman Laporan syarikat akan dipaparkan.
Pilih laporan tersuai yang diingini dari menu Self-Serve (sebelah kiri). Halaman laporan tersuai akan dipaparkan.
Pilih Muat turun PDF dari … menu di sebelah kanan. Kotak dialog Muat turun akan dipaparkan.
Pilih Format (Laporan, Visualisasi), Susunan (Potret, Landskap), Penjenamaan, dan masukkan Teks kaki halamanjika perlu.
Klik Muat turun. Salinan PDF laporan anda akan dimuat turun ke peranti anda.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut